Saturday, September 6, 2008

Syeikh Nazhim Qubrusi

Syeikh Nazhim Qubrusi berketurunan Syeikh Abdul Qadir Jilani. Beliau dilahirkan pada 23 April 1922 di Larnaca, Cyprus. Sejak kecil lagi beliau telah mendapat bimbingan cara Tariqat Qodiriah dan Tariqat Mawlawiah.

Pada waktu remaja, beliau kerap menziarahi makam Ummu Hiram r.anha (seorang sahabiah Rasulullah s.a.w. yang syahid di Cyprus) sehingga termimpi-mimpi melihatnya. Pada tahun 1945 ketika umurnya 23 tahun, beliau cenderung untuk mempelajari Tariqat Naqsyabandiah.

Kemudian beliau mencari guru Tariqat Naqsyabandiah yang bernama Syeikh Abdullah Daghestani (Daghestani sekarang berada bersebelahan dengan Checnya di wilayah Rusia). Setelah setahun mencari, tatkala beliau sudah berjumpa Syeikh Abdullah Daghestani, Syeikh Abdullah Daghestani telah menyuruhnya balik ke kampung. Syeikh Abdullah Daghestani berkata : "Orang-orang ditempat kamu sekarang lebih memerlukan kamu,". Sesudah berbai'at dengan Syeikh Abdullah Daghestani, beliau pun pulang ke kampungnya.

Selepas beliau pulang ke kampung, beliau mendapat jizbah (semangat) untuk melaungkan azan di masjid.Oleh sebab pemerintahan Turki yang sekular ketika itu tidak membenarkan azan dalam bahsa Arab maka beliau telah ditangkap kerana melaungkan azan dalam bahasa Arab lalu dimasukkan ke dalam penjara. Selepas beliau dibebaskan, beliau tetap mengulangi perbuatannya itu sehingga 114 kali beliau keluar masuk penjara.



Pada hari perbicaraannya,satu wakil rakyat Islam telah menag menyebabkan sekatan melaungkan azan dalam bahasa Arab telah dimansuhkan. Sehingga hari ini,negara Turki kembali dilaungkan azan seperti biasa.


Semoga Allah s.w.t. gunakan kita juga mengerjakan dakwah yang sempurna ( Dakwatit Tammah ) Amiin..!!

No comments: